Thursday, October 22, 2009

FULL REVIEW ON LTI (LEADERSHIP TRAINNING INSTITUTE) BY Miss Jay


Pada tanggal 25-27 September 2009, LTI atau Latihan Kepimpinan Rohani telah berlangsung di Methodist Center, Port Dickson.
Syukur buat peribadi yang mulia Tuhan Yesus yang telah menghantar Sist. Jen untuk mendorong ahli ST (Servant Team) dari MCCC (Malaysian Campus Crusade for Christ)UPM untuk menyertai program ini. Saya percaya bukan suatu kebetulan tetapi semuanya adalah rencana-Nya. Ahli ST baru yang menyertai program ini terdiri daripada Arvilla, Jobil dan saya sendiri. Kami disertai oleh 3 orang junior yang anthusias & setia dalam melayani Tuhan iaitu Jaim, Lian dan Shirrenne. Pengerusi ST kami, Lewee Yukili juga turut serta buat kali kedua. Jen pula sudah banyak kali menyertai LTI ini. Jumlah rombongan kami adalah 8 orang.
Namun yang specialnya LTI kali ini telah diadakan secara gabungan besar-besaran MCCC Cina & BM dari UKM, UM, UNITEN, UPSI, UPM dan ramai lagi. Ia merupakan 1 kelainan buat pertama kali  di LTI tahun ini. Maka kami bertolak ke PD dari pagi dalam jam 9 a.m dan sampai di destinasi di PD hampir jam 4 p.m.
Dalam LTI yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini, banyak aktiviti disusun oleh pihak/staf yang menganjur. Boleh dikatakan setiap masa memberi pengalaman yang berbeza dan semuanya bermakna sekali.
Permata sekali kami memperkenalkan diri masing-masing dan saling membina hubungan yang baik antara satu sama yang lain. Bermacam-macam aktiviti yang dijalankan termasuklah Ibadah Raya, kelas, games, sharing, treasure hunt, dan paling dinanti-nantikan ialah makan time(ada pengalaman yang lucu mengenai waktu makan ini so sesiapa yang mengetahui, faham2 sj la)=).
By the way, apa yang ingin dikongsikan @ share sekarang ialah pengalaman kami mengikuti kelas-kelas yang disediakan. Buku kecil 4 Hukum Rohani bukanlah sesuatu yang baru bagi kami,namun apa yang baru buat kami ialah kami diajar bagaimana menggunakan 4 Hukum Rohani dengan betul pada masa & tempat yang sesuai. Itu mengenai teorinya, secara praktikal pula kami diajar bagaimana mulakan komunikasi bahkan menguasai situasi dengan baik. Di situ kami benar-benar mengaplikasikan dan memaksiumkan apa yang diajar di dalam kelas.
MCCC UPM BM & Cina diberi peluang untuk menjadi worshipleader bagi Ibadah Raya pada pagi Ahad, 27 September tersebut. Pada hari itu juga hari terakhir kami di sana. Waktu Ibadah Raya tersebut kami benar-benar merasakan sukacita dan damai sejahtera Allah menyertai kami. Kuncinya ialah, apa yang hanya kami lakukan hanyalah biarkan segala sesuatu adalah untuk kemuliaan Tuhan.
Setelah LTI berlalu hampir sebulan, saya secara peribadi rindu untuk melayani jiwa-jiwa yang belum mengenal Yesus dan menerima Dia sebagai Tuhan dan Juruselamat peribadi. Harapan kami cuma diberi peluang untuk menyertai LTI ini pada tahun depan.

Thank You, Lord!!Amen.

No comments:

Post a Comment