Our chairman and his member group
Thursday, October 22, 2009
LTI (Building Movement Everywhere)
Our chairman and his member group
FULL REVIEW ON LTI (LEADERSHIP TRAINNING INSTITUTE) BY Miss Jay
Syukur buat peribadi yang mulia Tuhan Yesus yang telah menghantar Sist. Jen untuk mendorong ahli ST (Servant Team) dari MCCC (Malaysian Campus Crusade for Christ)UPM untuk menyertai program ini. Saya percaya bukan suatu kebetulan tetapi semuanya adalah rencana-Nya. Ahli ST baru yang menyertai program ini terdiri daripada Arvilla, Jobil dan saya sendiri. Kami disertai oleh 3 orang junior yang anthusias & setia dalam melayani Tuhan iaitu Jaim, Lian dan Shirrenne. Pengerusi ST kami, Lewee Yukili juga turut serta buat kali kedua. Jen pula sudah banyak kali menyertai LTI ini. Jumlah rombongan kami adalah 8 orang.
Namun yang specialnya LTI kali ini telah diadakan secara gabungan besar-besaran MCCC Cina & BM dari UKM, UM, UNITEN, UPSI, UPM dan ramai lagi. Ia merupakan 1 kelainan buat pertama kali di LTI tahun ini. Maka kami bertolak ke PD dari pagi dalam jam 9 a.m dan sampai di destinasi di PD hampir jam 4 p.m.
Dalam LTI yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini, banyak aktiviti disusun oleh pihak/staf yang menganjur. Boleh dikatakan setiap masa memberi pengalaman yang berbeza dan semuanya bermakna sekali.
Permata sekali kami memperkenalkan diri masing-masing dan saling membina hubungan yang baik antara satu sama yang lain. Bermacam-macam aktiviti yang dijalankan termasuklah Ibadah Raya, kelas, games, sharing, treasure hunt, dan paling dinanti-nantikan ialah makan time(ada pengalaman yang lucu mengenai waktu makan ini so sesiapa yang mengetahui, faham2 sj la)=).
By the way, apa yang ingin dikongsikan @ share sekarang ialah pengalaman kami mengikuti kelas-kelas yang disediakan. Buku kecil 4 Hukum Rohani bukanlah sesuatu yang baru bagi kami,namun apa yang baru buat kami ialah kami diajar bagaimana menggunakan 4 Hukum Rohani dengan betul pada masa & tempat yang sesuai. Itu mengenai teorinya, secara praktikal pula kami diajar bagaimana mulakan komunikasi bahkan menguasai situasi dengan baik. Di situ kami benar-benar mengaplikasikan dan memaksiumkan apa yang diajar di dalam kelas.
MCCC UPM BM & Cina diberi peluang untuk menjadi worshipleader bagi Ibadah Raya pada pagi Ahad, 27 September tersebut. Pada hari itu juga hari terakhir kami di sana. Waktu Ibadah Raya tersebut kami benar-benar merasakan sukacita dan damai sejahtera Allah menyertai kami. Kuncinya ialah, apa yang hanya kami lakukan hanyalah biarkan segala sesuatu adalah untuk kemuliaan Tuhan.
Setelah LTI berlalu hampir sebulan, saya secara peribadi rindu untuk melayani jiwa-jiwa yang belum mengenal Yesus dan menerima Dia sebagai Tuhan dan Juruselamat peribadi. Harapan kami cuma diberi peluang untuk menyertai LTI ini pada tahun depan.
Tuesday, October 20, 2009
Early review on Book of "KINGDOM DRIVEN CHURCH" by Pdt.Ir.Y. Wiryohadi

Didalam buku ini menyatakan tentang Gereja yang digerakakn oleh visi Kerajaan Allah.Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa zaman kita hidup ini sudah masuk masa terakhir dari pemulihan. Ia lebih di sebut sebagai masa refomasi apostolik. Gereja refomasi apostolik diertikan gereja yang jemaatnya mengerti paradigma tentang Kerajaan Allah. Mari lihat di dalam Matius6:10; di sana terdapat Doa Bapa yang menyebutkan "Datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu di bumi seperti di Sorga.." pada mulanya,saya memikirkan Tuhan hanya mau datang ke bumi ini untuk menyelamatkan manusia sahaja tetapi Kingdom Driven Church banyak membuka pengertian baru dalam kehidupan saya. Seperti orang lain,saya memikirkan Kerajaan Allah di Syurga telah ditegakkan dan Kehendak Bapa sudah terlaksana secara sempurna(100%).Namun di buku ini menyatakan Kehendak Tuhan belum terlaksana.Ini disebabkan Kerajaan Setan lebih berkuasa di bumi.Ini TIDAK harus terjadi kepada kita.Mari mulai mengerti Tuhan mau kita mulai bergerak saat ini dan menghancurkan tembok-tembok kerajaan yang di bina oleh setan sebab hal ini tidak harus terjadi ialah Tuhan sudah menang atas segala sesuatu perkara,jadi mengapa kita harus dikuasai oleh kerajaan setan??bukankah kita yang diselamatkan oleh Yesus di kayu salib memberi kita kemenangan secara percuma-cuma tetapi kita membiarkan setan merampas hak kita?!Pada saat ini taukah kita bahawa Tuhan sedang menunggu gereja kita bangkit untuk membangun Kerajaan Allah di muka bumi.
Kita mulai siapkan bangsa,kota dan bumi agar waktu Yesus datang ke bumi ni,kita akn sambut Dia sebagai Raja.
Terdapat tujuh(7) aspek kehidupan yang harus pengikut-pengikut Kristus kuasai di bumi agar kita dapat menerapkan serta menghidupkan nilai-nilai Kerajaan Allah di dalamnya:
1.Spiritual dan Social
2.Keluarga
3.Bisnes
4.Pendidikan
5.Pemerintahan dan Politik
6.Seni,olahraga, dan Hiburan
7.Media
mari lihat seberapa ramai orang Kristian kuasai 7 aspek kehidupan ini dalam kota kita.
Kita harus membuang paradigma lama yang berkata "Jangan sentuh dunia seni dan hiburan kerana ia bersifat duniawi".Alahai...jangan sekali-kali berfikir demikian kerana Tuhan mau kita kuasai bidang tersebut sekarang kerana melalui bidang itu kita boleh menghasilkan karya yang mengandungi nilai-nilai Kerajaan Allah apabila anak-anak yang takut akan Tuhan akan bergerak di dalamnya dan mewarnai setiap aspek kehidupan itu dengan nilai-nilai Kerajaan Allah.
Berapa ramai orang Kristian menguasai bidang politik sekarang di kota ini?!Mereka hanya boleh dihitung mengguna jari sahaja.Ketujuh-tujuh aspek ini di sama ertikan dengan sebuah kota yang dikuasai oleh Goliat.Inilah yang dinanti-nantikan oleh Tuhan agar kita jangan takut dan gentar menguasai aspek kehidupan ini dan kita harus menjadi seperti Daud yang menakluki Goliat bukan langsung lari seperti Saul.
Ayuh Gereja Tuhan mulai praktikkan Gereja lokal yang memiliki Visi Global,bukan sudah masanya kita berdoa bagi kepentingan diri sendiri tetapi berdoa sekarang masanya kita berdoa bagi bangsa,kota dan bumi kita.
Monday, October 19, 2009
Hati Bapa
"kerana itu haruslah kamu sempurna, sama sperti Bapamu yang di sorga adalah sempurna." Matius 5:48
Hati Bapa adalah hati yang dipenuhi dengan kasih yang sempurna(kasih agape), yang dapat mengasihi orang lain tanpa syarat.
Bagaimanakah Cara mengenal hati Bapa? Yohanes 14:6-10
- Ikut Yesus(Yohanes 14:6)
kerana Dia yang selalu membawa kita kepada Bapa. Tanpa kematian Yesus di Kayu salib, maka tidak akan ada seorang pun yang dapat datang kepada Bapa.
- Belajar mengenal dan mengalami Bapa melalui Yesus(Yohanes 14:7 & 8-9)
Manusia tidak dapat mengenal Bapa, jikalau Yesus tidak memperkenalkanNya. Yesus Kristus adalah gambar Bapa yang dapat dilihat dan dapat dikenal oleh kita. Namun, banyak pengikut Kristus mempunyai kesulitan untuk mengenal gambar Bapa kerana di dlm keluarga, kita mempunyai gambar Bapa jasmani yang tidak ideal bahkan sgt buruk(Yohanes 14:8-9)
Jadi, apakah kunci untuk mengenal hati Bapa surgawi, sehingga kita bisa membangun hubungan yang intim dengan Dia
Kuncinya adalah kita MENGAMPUNI SIKAP/PERBUATAN dari bapa jasmani yang telah melukai kita.
kebanyakan kesalahan Bapa jasmani yang tidak diampuni dapat menjadi penghalang untuk mengalami Kasih Bapa Sorgawi.(Lks 1:16-17;Mat 6:14-15)
setelah melewati pelajaran ini hidup saya benar2 dimenangkan kerana selama ini saya tidak pernah merasai kasih Bapa,namun hubungan saya dengan Bapa Rohani dipulihkan disebabkan saya mulai melepaskan pengampunan kepada Bapa jasmani saya. Hubungan saya dgn Bapa Sorgawi lbh intim berbanding dahulu. Jujur saya katakan kebanyakan pengikut Kristus sukar menyebut Allah di surga sbg Bapa padahal Dia terlebih dahulu sudah membapai kita..nah fikirkan semula sama ada kalian juga sama seperti yg disebut di atas..
sma2 kita mulai renungkan tayangan ini bila Tuhan menyatakan kasihnya kepada kita lewat penyaliban Kristus..

